VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday, 29 June 2023

MESYUARAT AGUNG PIBG

Pada 16/6/2023,  pihak sekolah mengadakan mesyuarat agung PIBG di Dewan Seri Kenyalang.  Tujuan utama mesyuarat ini ialah untuk membuat pemilihan exco PIBG yang baharu.  Selain itu ialah untuk memberitahu kepada semua ibu bapa mengenai aktiviti PIBG sepanjang 2 tahun lepas,  laporan penggunaan duit PIBG,  laporan kemajuan kurikulum,  kokurikulum,  hal ehwal murid dan lain-lain.  Berikut ialah gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.













HARI PERMUAFAKATAN

Pada 16/6/2023,  pihak sekolah mengadakan hari permuafakatan.  Semua ibu bapa dijemput datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru tingkatan untuk membincangkan pencapaian akademik,  kokurikulum dan sahsiah anak masing-masing.  Aktiviti permuafakatan dimulakan seawa 10 pagi dan berakhir 1130 pagi. Berikut ialah gambar-gambar aktiviti perjumpaan ibu bapa dengan guru.












SAMBUTAN HARI GAWAI DAN PESTA KEAMATAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 26/6/2023,  pihak sekolah mengadakan sambutan Hari Gawai dan Pesta Keamatan peringkat sekolah di Dewan Seri Kenyalang.  Sambutan  ini untuk memperkenalkan adat dan kebudayaan masyarakat yang meraikan. Selain itu untuk menjalinkan hubungan yang erat di kalangan warga sekolah.  Sambutan dimulakan pada pukul 1 petang dan berakhir 230 petang.  Berikut ialah gambar-gambar aktiviti sepanjang majlis diadakan.












Sunday, 28 May 2023

Majlis Pesaraan Cikgu IBRAHIM BIN JAHAR

Pada 26.5.2023, pihak sekolah mengadakan Majlis Pesaraan Cikgu IBrahim Bin Jahar PK Kokurikulum.  Beliau berkhidmat di sekolah ini sejak Tahun 2003.  Banyak sumbangan beliau dalam bidang pendidikan dan bidang kokurikulum.  Pihak sekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga segala jasa dan sumbangan yang diberikan oleh beliau sepanjang perkhidmatan.  Majlis Pesaraan dimulakan seawal 0730 pagi. Semua pelajar dan guru berkumpul di Dewan Seri Kenyalang.  Pelbagai persembahan yang menghiburkan sempena meraikan Cikgu Ibrahim yang akan bersara. Berikut ialah gambar-gambar kenangan semasa majlis.





ucapan daripada penyelaras oleh Pn. Lisini

Ucapan daripada pengetua Pn. Law Sie Yieng

acara memotong kek

Hadiah daripada guru

Hadiah daripada guru

Hadiah daripada pelajar

persembahan wakil AKP

Persembahan wakil guru

Persembahan oleh pelajar

Gambar kenangan

Gambar kenangan bersama guru

Gambar kenangan bersama pelajar






Tuesday, 16 May 2023

SAMBUTAN PERAYAAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH


Pada 16/5/2023 pihak sekolah mengadakan sambutan Hari Raya yang diuruskan oleh semua guru Muslim.  Penyelaras sambutan kali ini ialah Cikgu Mohammad Suhaimi. Perayaan Hari Raya disambut dengan meriah di kantin sekolah melibatkan semua kakitangan sekolah.  Majlis dimulakan dengan ucapan penyelaras, disusuli pengetua dan ucapan penaja.  Aktiviti lebih meriah apabila diserikan lagi dengan cabutan tiket bertuah.  Berikut ialah gambar-gambar sepanjang aktiviti.

Ucapan penyelaras oleh Cikgu Suhaimi

Ucapan Pengetua Mdm Law Sie Yieng

Simbolik perasmian

Pemenang pakaian terbaik kategori wanita oleh Cikgu Cherry Kong

Pemenang pakaian terbaik kategori lelaki oleh Cikgu Judo

Pemenang cabutan tiket bertuah

Pemenang cabutan tiket bertuah

gambar kenangan