VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Tuesday, 21 March 2023

PENDAFTARAN PELAJAR PADA 17 MAC 2023

Pada 17 Mac 2023, semua pelajar mendaftar di sekolah untuk mendapatkan buku teks, buku kerja, buku latihan, jadual waktu dan pelbagai perkara untuk menyediakan diri bagi sesi persekolahan pada 20 Mac nanti.  Semua Ibu bapa/penjaga menghantar anak masing-masing berjumpa dengan semua guru tingkatan bermula jam 730 pagi sehingga selesai urusan.  Manakala semua pelajar Tingkatan 1 berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat daripada pihak pengurusan sekolah.  Berikut ialah gambar-gambar pada hari kejadian :
















Monday, 6 February 2023

MALAM GALA PELAJAR ASRAMA 4/2/2023

Pada 4/2/2023,  Pihak pengurusan asrama sekolah yang diketuai Encik Cenggong Anak Guntol telah menganjurkan Malam Gala pelajar Asrama.  Tujuan Malam Gala ini dianjurkan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dikalangan pelajar dengan guru waden,  hubungan yang harmoni dikalangan warga asrama dan mencungkil bakat pelajar asrama melalui pelbagai aktiviti seperti nyanyian, tarian dan memperagakan pakaian.  Semua pelajar,  waden dan pihak pengurusan berkumpul mulai pukul 630 petang.  Majlis dirasmikan Encik Claudius pegawai SIP+ PPD Sibu dengan paluan gong sebanyak 3 kali serta pemotongan kek.  Berikut ialah gambar-gambar aktivit sepanjang majlis.















Sunday, 18 December 2022

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU DAN AKP 2022

Pada 9/12/2022,  semua guru dan AKP bersama-sama menjayakan majlis makan malam di Hotel Paramount Sibu. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk menghargai jasa dan sumbangan guru sepanjang tahun 2022.  Majlis ini diselaraskan oleh Cikgu wong Siao Jhieng serta dibantu oleh AJK guru dan AKP.  Pelbagai aktiviti diadakan seperti penyampaian hadiah kepada Cikgu Hasan yang akan bersara,  persembahan nyanyian para guru/AKP dan cabutan bertuah.  Majlis dimulakan pada pukul 630 petang dan berakhir 0830 malam. Berikut ialah gambar sepanjang majlis :


























MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN 2022

Pada 7/12/2022,  pihak sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Tahunan atau Majlis Apresiasi.  Tujuan Majlis ini diadakan ialah untuk mengiktiraf semua pencapaian pelajar dalam kurikulum,  Kokurikulum dan sahsiah pelajar.  Majlis ini dimulakan seawal 0730 pagi dan bersurai pada 0930 pagi.  Ibu bapa juga dijemput untuk bersama-sama meraikan kejayaan anak-anak mereka. Berikut ialah gambar semasa majlis dianjurkan :