VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Sunday, 18 December 2022

MAJLIS PESARAAN CIKGU HASSAN

Pada 29.11.2022 pihak sekolah mengadakan sambutan majlis pesaraan Cikgu Hasan Bin Samu.  Penempatan pertama beliau sebagai guru terlatih ialah di SK Penghulu Imban pada 3.1.1990.  Kemudian beliau berpindah ke SK Ladang 3 sebagai Penolong Kanan Kurikulum pada 1.6.1998.  Kemudian pada 1.1.1999, beliau betukar ke SK St. Mathew sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.  Kemudian beliau melanjutkan pelajaran serta mendapat Ijazah Sarjana Muda.  Pada 1.1.2022 beliau ditempatkan di SMK Luar Bandar No.1 Sibu sebagai guru akademik.  Pada 1.1.2009,  beliau dilantik sebagai Penolong Kanan HEM di sekolah yang sama.  Beliau menjawat jawatan ini sehingga 9.2.2020 dan akhirnya meletak jawatan kerana atas faktor kesihatan. Pada hari ini pihak sekolah meraikan pesaraan beliau sebagai guru yang banyak berjasa serta banyak sumbangan yang telah berikan sepanjang berkhidmat di sekolah ini.  Berikut ialah gambar kenangan pesaraan beliau :














Tuesday, 18 October 2022

PELANTIKAN PENGAWAS BAHARU SESI 2022/2023

Pada 17/10/2022,  pihak sekolah telah membuat pelantikan pengawas yang baharu semasa perhimpunan rasmi diadakan di dataran.  Pelantikan pengawas baharu ini adalah untuk menggantikan pengawas yang lama telah berkhidmat sebagaimana mereka telah membantu melicinkan urusan pentadbiran sekolah.  Guru penyelaras Lembaga Pengawas iaitu Cikgu Ling Eung Fu bertanggungjawab dalam mengurus majlis pelantikan ini.  Semoga pelantikan pengawas baharu ini akan lebih banyak membantu pihak sekolah dalam mengurus displin pelajar.









HARI PERMUAFAKATAN KE-2

 Pada 7/10/2022,  pihak sekolah telah mengadakan hari permuafakatan kedua.  Semua ibu bapa dijemput datang ke sekolah untuk membincangkan pencapaian akademik dan sikap anak mereka bersama guru tingkatan dan subjek masing-masing.  Sempena permuafakatan kedua ini,  semua pelajar tingkatan 5 akan berkumpul di dewan Seri Kenyalang untuk mendengar amanat daripada pengetua dan para PK.  Majlis dimulakan pada pukul 10 pagi dan berakhir pukul 1130 selepas ibu bapa dan pelajar berjumpa dengan guru masing-masing.








Thursday, 28 July 2022

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH PADA 18-21/7/2022

Pada 18-21/7/2022,  sekolah telah mengadakan hari sukan.  Semua pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan.  Tujuan utama hari sukan diadakan ialah untuk mempratikkan kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani/kesihatan di dalam atau luar kelas.  Selain itu untuk menggalakkan semangat kesukanan,  mengeratkan hubungan,  aktiviti kesihatan dan memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar-pelajar serta guru-guru. Berikut ialah gambar aktiviti sukan sepanjang kejohanan diadakan.











Thursday, 14 July 2022

HARI PERMUAFAKATAN 1 DAN PENETAPAN TAGET

Pada 8/7/2022 pihak sekolah telah mengadakan hari permuafakatan dan penetapan taget.  Semua ibu bapa dijemput datang ke sekolah untuk berjumpa dengan guru tingkatan berbicang hal ehwal pencapaian akademik anak-anak mereka.  Aktiviti perjumpaan bersama ibu bapa dimulakan pada jam 10 pagi sehingga 1130 pagi.  Manakala,  ibu bapa dan pelajar asrama berjumpa dengan guru tingkan/subjek di asrama masing-masing.  Berikut ialah gambar perjumpaan bersama ibu bapa :














HARI GAWAI DAN PESTA KEAMATAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 28/6/2022 pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Gawai dan Pesta Keamatan peringkat sekolah.  Tujuan sambutan ini ialah untuk membina hubungan yang harmoni diantara kaum.  Selain  itu memperkenalkan adat dan budaya masyarakat Dayak dan Kadazan kepada kaum lain,  mengeratkan hubungan silaturahim diantara warga sekolah dan komuniti luar.  Puan SenatorRita Insol adalah tetamu kehormat ketika perayaan Gawai Dayak dan Pesta Keamatan ini diadakan.  Majlis dimulakan pada pukul 130 petang iaitu dimulakan dengan perasmian gelanggang futsal,  kemudian ucapan tetamu kehormat,  pengetua dan penyelaras majlis.  Seterusnya persembahan tarian ngajat oleh pelajar,  disusuli upacara miring,  kemudian ngerebah ranyai dan ngiling tikai.  Majlis berakhir pada pukul 4 petang.  Semua guru dan tetamu jemputan menjamu selera di kantin sekolah.  Berikut ialah gambar-gambar sepanjang aktiviti :