VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Friday, 8 April 2022

PELAJAR ASRAMA MELAPOR DIRI PADA 3 APRIL 2022

 Pada 3/4/2022,  pelajar asrama melapor diri ke sekolah untuk memulakan sesi pembelajaran pada 4/4/2022.  Semua pelajar dihantar ibu bapa ke sekolah mulai jam 7 hingga 11 pagi.  Semua guru berkerjasama membantu menguruskan kemasukan pelajar-pelajar asrama ini.  Seramai 486 orang pelajar asrama melapor diri pada hari tersebut.  Berikut ialah gambar-gambar aktiviti semasa hari kejadian :
















Friday, 11 February 2022

MAJLIS KEBERKATAN ILMU TINGKATAN 6

 Pada 11/2/2022,  Unit Tingkatan 6 serta Bimbingan dan kaunseling telah mengadakan majlis keberkatan ilmu kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 di Dewan Seri kenyalang.  Majlis ini diadakan mengikut s.o.p yang ditetapkan.  Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memberikan taklimat sebelum peperiksaan STPM,  memberikan motivasi kepada pelajar serta pelbagai peringatan yang perlu dilakukan sebelum dan semasa dan selepas peperiksaan.  Pengetua dan para PK dijemput untuk menyampaikan ucapan. Majlis dimulakan seawal 7 pagi.  Berikut adalah gambar aktiviti semasa majlis diadakan.










SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT SEKOLAH

 Pada 10/2/2022,  pihak sekolah telah mengadakan sambutan Tahun abru Cina secara sederhana mengikut s.o.p di dewan Seri Kenyalang.  Majlis ini dimulakan pada pukul 1.20 petang selepas tamat pdpc.  Semua guru dan akp berkumpul di dewan.  Majlis dimulakan dengan ucapan Penyelaras,  YDP PIBG dan pengetua.  Kemudian majlis diraikan dengan aktiviti tayangan video dan kuiz serta penyampaian cenderamata dan hadiah kepada para pemenang kuiz.  Majlis ditamatkan pada pukul 0230 petang.






Wednesday, 9 February 2022

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Pada 28/1/2022,  pihak sekolah telah mengagihkan wang bantuan awal persekolahan yang diberikan oleh KPM kepada murid-murid.  Pihak kerajaan memberikan bantuan kewangan ini untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyekolahkan anak-anak pada awal tahun.  Mereka yang layak mendapat bantuan ini ialah keluarga B40 dengan syarat pendapatan tidak melebihi jumlah yang ditetapkan.











BENGKEL UJIAN LISAN BM

 Pada 25 dan 26/1/2022,  Bidang Bahasa telah mengadakan bengkel Ujian Lisan BM. Semua pelajar Tingkatan 5 ditempatkan di Dewan sekolah mengikut s.o.p yang ditetapkan.  Tujuan bengkel ini ialah untuk menjelaskan kepada para pelajar berkenaan dengan cara menjawab ujian bertutur serta pelbagai perkara yang perlu diberi paerhatian oleh para pelajar untuk menduduki ujian ini.  Ujian lisan BM akan diadakan pada 8-10/2/2022.  Semua Tingkatan lima yang mendaftar SPM 2021 ialah seramai 209 orang.  Berikut ialah gambar-gambar semasa aktiviti.



Saturday, 8 January 2022

KURSUS KAJIAN TINDAKAN

 Pad 6 Januari 2022,  Unit Latihan dalam perkhidmatan sekolah telah mengadakan kursus kajian tindakan secara alam maya. Kursus ini telah disampaikan oleh Cikgu Hii Ming Toh yang dimulakan pada pukul 2.30 sehingga 3.30 petang.  Para guru diberi pendedahan bagaimana menjalankan kajian tindakan di sekolah terutama melibatkan aspek pengurusan,  pengurusan murid dan apa-apa sahaja perkaitan dengan peningkatan prestasi murid dan sekolah.  Melalui kursus yang dihadiri ini para guru mendapat ilmu yang sangat berguna untuk meningkatkan pencapaian murid di sekolah dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.  Berikut adalah gambar kursus kajian tindakan secara alam maya.



Thursday, 30 December 2021

MESYUARAT STAFF/KURI/HEM/KK/T.6 PADA 30.12.2021

Pada 30.12.2021 pukul 0830 pagi,  sekolah telah mengadakan Mesyuarat Staff,  Kurikulum,  Hem,  KK dan Tingkatan 6 dan pelbagai agenda lain yang penting disampaikan. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk menyampaikan pelbagai maklumat berkenaan dengan pengurusan sekolah, termasuk kurikulum,  Hem,  KK dan Tingkatan 6.  Sekolah akan beroperasi semula pada 10 Januari 2022,  justeru para guru dan AKP perlu membuat persediaan rapi sebelum sesi persekolahan bermula. Berikut adalah gambar semasa mesyuarat diadakan.



Monday, 6 December 2021

LEARNING WALK KELAS 5G (PDPC BAHASA INGGERIS)

 Pada 6.12.2021,  barisan pengurusan mengadakan learning walk ke kelas 5G untuk melihat pengajaran guru Bahasa Inggeris Cikgu Dina. Learning walk ini diketuai sendiri oleh pengetua dan ketua panitia Bi iaitu Cikgu Siew Haw Siong.  Tujuan learning walks ini ialah untuk meningkatkan lagi cara pengajaran bilik darjah yang berkesan di kalangan guru. Secara tidak langsung akan meningkatkan pencapaian akademik murid-murid.  Berikut ialah gambar aktiviti semasa learning walks.










PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG SEJARAH KELAS 5C

Pada 6.12.2021,  Pengetua dan barisan Penolong Kanan serta Ketua bidang menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang terbaik dalam mata pelajaran Sejarah.  Pengetua mengambil peluang untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid kelas 5C.  Tujuan hadiah ini diberi ialah untuk memberikan semangat kepada murid-murid supaya terus berusaha meningkatkan pencapaian diri dalam mata pelajaran Sejarah dan juga mata pelajaran lain-lain.  Majlis dilaksanakan secara ringkas pada pukul 0645 pagi dan berakhir 7 pagi. Berikut ialah gambar-gambar semasa majlis.