VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Friday, 1 February 2019

PERHIMPUNAN JOM KE SEKOLAH

Pada 30.1.2019,  Unit B&K mengadakan program jom ke sekolah di dataran perhimpunan melibatkan semua pelajar dan warga sekolah.  Pengisian perhimpunan ini ialah ucapan pengetua,  ucapan PK Hem,  ucapan pegawai polis Inspektor Kumares dan aku janji pelajar.  Tujuan perhimpunan ini ialah untuk membina kesedaran pelajar berkenaan pentingnya pendidikan di masa depan.  Selain itu para pelajar diberi pendedahan berkenaan peraturan dan undang-undang oleh inspektor polis.  Perhimpunan ditangguhkan pada jam 0930 pagi.






















Thursday, 17 January 2019

Pendidikan Kerjaya

Pada 16.1.2019,  Unit Bimbingan dan kaunseling mengadakan ceramah pendidikan kerjaya untuk para pelajar Tingkatan 5.  Tujuan utama ceramah ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan kerjaya di masa depan.  Para pelajar juga didedahkan mengenai cara-cara menghadapi temuduga.  Semua pelajar tingkatan 5 berkumpul di dewan seri kenyalang pada jam 1200 dan tamat pada 0130 pm.





Orientasi Tingkatan 4

Pada 15.1.2019,  Unit Bimbingan dan kaunseling telah mengadakan orientasi Tingkatan 4.  Tujuan utama orientasi ini untuk membina kesedaran pelajar mengenai pemilihan mata pelajaran di Tingkatan 4.  Selain itu para pelajar diberi pendedahan mengenai pendidikan kerjaya selepas SPM,  STPM/Diploma dan Ijazah.  Semua pelajar Tingkatan 4 berkumpul di dewan Seri Kenyalang bermula dari jam 0700 pagi - 0130 petang.  Pengetua dan penolong-penolong kanan diberi pelaung untuk berkongsi dengan pelajar dalam pelbagai isu akademik dan disiplin.






Orientasi Tingkatan 1

Pada 7-9.1.2019,  Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan orientasi Tingkatan 1 dan KP.  Tujuan uatma program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan dengan peraturan sekolah menengah,  gaya belajar,  membina hubungan dikalangan pelajar,  mengenali warga sekolah,  menyesuaikan diri di sekolah menengah dan lain-lain perkara.  Seramai 250 orang pelajar Tingkatan pada tahun 2019 yang terlibat dalam program ini.




Tuesday, 13 November 2018

Ceramah Persediaan pelajar ke Tingkatan 1

Pada 5.10.2018,  Unit B&K telah mengadakan cerama di SK Batu 15 berkenaan dengan persediaan murid-murid dajah 6 ke Tingkatan 1.  Serami 54 orang murid darjah 6 yang bakal menjejak kaki ke sekolah menengah menghadiri ceramah ini.  Para murid didedahkan dengan peraturan,  cara berpakaian,  gaya belajar,  kemudahan di sekolah menengah dan lain-lain.  Ceramah ini disampaikan oleh Cikgu Louis bermula jam 1030 - 1200 th.








MAJLIS KEBERKATAN ILMU FORM 5

Pada 13.11.2018,  Unit B&K mengadakan majlis keberkatan ilmu untuk pelajar Tingkatan 5.  Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan semangat motivasi pelajar supaya sentiasa terus berusaha mengejar kejayaan.  Selain itu,  majlis ini bertujuan untuk memberkati setiap pelajar sebelum bermulanya peperiksaan keesokan hari.  Semua pelajar dan guru berkumpul di dalam dewan.  Majlis dimulakan dengan ucapan pengetua,  PK 1,  PKK dan penyampaian hadiah mentor menti yang cemerlang.  Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh cikgu Mackie dan seterusnya pelajar berbaris bersalaman dengan semua guru.  Majlis ditangguhkan jam 0245 pm.










MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

Pada 7.11.2018,  sekolah telah mengadakan majlis anugerah untuk para pelajar dan warga sekolah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang berjaya dalam kurikulum, kokurikulum dan sebagainya.  Para hadirin berkumpul di dewan seri kenyalang untuk bersama-sama meraikan majlis tersebut.  Tetamu jemputan yang dijemput pada hari berkenaan ialah YB Baru Bian,  tetapi beliau tidak dapat hadir atas urusan rasmi.  Majlis dimulakan seawal 0730 pagi dan ditangguhkan pada jam 1200 th.