VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Tuesday, 30 October 2018

PASCA PT 3

Selepas tamat pentaksiran PT 3,  semua pelajar Tingkatan 3 terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh unit B&K.  Selain pendidikan di dalam kelas,  para pelajar turut terlibat dengan aktiviti sukan dan permainan,  projek khidmat masyarakat dan lain-lain projek yang diurus sendiri oleh guru subjek.  Tujuan penglibatan pelajar dalam pelbagai program yang dirancang ialah untuk membina semangat kekitaan,  bekerjasama,  tolong-menolong,  rajin,  berdispin,  menimba pengetahuan dan sebagainya.









PROGRAM ANTI ROKOK

Pada 12.10.2018,  Unit B&K mengadakan ceramah anti rokok kepada para pelajar yang didapati merokok dan termasuk pelajar-pelajar yang tidak merokok.  Tujuan ceramah ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bahaya rokok kepada kesihatan diri dan orang sekeliling.  Para pelajar ditunjukkan gambar-gambar bahaya akibat merokok,  kesan merokok dan cara mengatasi untuk berhenti merokok.  Ceramah ini disampaikan oleh Guru B&K Cikgu Louis Pasu.









Thursday, 4 October 2018

Kem ICT

Pada 28-30.9.2018,  Kem ICT telah diadakan di sekolah ini yang dikendalikan oleh Sarawak Information System sdn. bhd (SAINS).  Seramai 180 peserta yang terlibat menjayakan ke ICT ini.  Tujuan utama kem ini memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai teknologi dalam pengkomputeran dan aplikasi system.  Para guru juga dijemput bersama-sama pelajar menjayakan kem ini sepanjang 3 hari.  Kem ini ditangguhkan pada hari Ahad dihadiri oleh En. Mohamad Noor dari PPd Sibu.











Tuesday, 25 September 2018

Pameran Seni Visual Tingkatan 5 dan 6

Pada 25.9.2018,  Tingkatan 5 dan 6 telah menganjurkan pameran seni visual di ruang legar sekolah.  Semua warga sekolah diberi peluang untuk membuat lawatan ke tempat pameran.  Tujuan pameran ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep kesenian dan kecintaan terhadap seni.  Pameran ini diadakan bermula jam 0800 pagi hingga 2 petang.  Guru-guru juga diberi peluang untuk mengadakan lawatan jika ada peluang dan masa selepas pdp.











Thursday, 20 September 2018

SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Pada 19.9.2018,  sekolah telah mengadakan sambutan Hari Malaysia di Dewan Seri Kenyalang.  Sambutan ini melibatkan semua warga sekolah termasuk pelajar pra sekolah. Tujuan sambutan ini diadakan untuk mendidik para pelajar erti kemerdekaan dan meningkatkan semangat patriotik di kalangan warga sekolah.  Majlis dimulakan pada pukul 7 pagi dengan sambutan ketibaan pihak pengurusan sekolah.  Pelbagai persembahan dan aktiviti menarik sepanjang majlis seperti pertandingan mengibarkan jalur gemilang,  persembahan tarian dan nyanyian dan penyampaian hadiah kepada pemenang hiasan kelas dan asrama ala kemerdekaan.  Majlis ditangguhkan pada pukul 0930 pagi.







Tuesday, 4 September 2018

LAWATAN PENGAWAS ASRAMA

Sempena musim cuti sekolah pada 24.8 - 26.8.2018,  Lembaga pengurusan asrama membuat lawatan ke sekitar Bandar Kuching.  Lawatan ini disertai oleh pengawas asrama dan waden-waden asrama.  Tujuan lawatan ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pusat akademik,  alam sekitar,  flora dan fauna dan kehidupan di bandar.  Selain itu untuk memberi penghargaan kepada pelajar asrama yang banyak membantu pihak sekolah menguruskan hal ehwal asrama.  Sempena lawatan ini,  para pengawas dibawa melawat ke UNIMAS,  Taman hidupan liar,  bandar Kuching,  Kampung Budaya dan lain-lain. 






CERAMAH AKADEMIK Peningkatan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah

Baru-baru ini,  penceramah akademik jemputan mata pelajaran Sejarah membuat pencerahan teknik-teknik menjawab kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5.  Tujuan ceramah ini untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.  Ceramah ini diadakan di bilik mesyuarat serta dikelolakan oleh Cikgu Erik dan guru-guru Sejarah.  Peserta yang menghadiri ceramah ini ialah semua Tingkatan 5.