VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Wednesday, 8 November 2017

Majlis Anugerah kecemerlangan 2017

Pada 3.11.2017,  sekolah telah mengadakan majlis anugerah kecemerlangan di dewan seri kenyalang.  Majlis ini menganugerahkan sijil penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik,  kokurikulum dan sahsiah dan guru/kakitangan sokongan yang berjaya dalam pengurusan sekolah.  Majlis ini dirasmikan oleh Setiausaha politik Pn. Chumang.  Kehadiran tetamu-tetamu lain ialah guru-guru besar,  ajk PIBG dan ibu bapa.  Majlis dimulakan pada pukul 0730 pagi dan ditangguhkan jam 1130 pagi.


Majlis keberkatan ilmu form 6

Pada 2.11.2017,  Unit Tingkatan 6 telah menganjurkan majlis keberkatan ilmu untuk semua pelajar form 6.  Tujuan majlis ini untuk memberkati semua pelajar dan meningkatkan semangat motivasi pelajar supaya sentiasa terus berusaha.  Majlis dimulakan dengan ucapan PK,  PK 1,  pengetua dan guru-guru lain.  Para pelajar ditayangkan dengan slide aktiviti form 6 tahun 2017,  kemudian majlis bacaan doa oleh cikgu Janting dan kemudian bersalaman,  dan akhir sekali majlis makan  minum.




Majlis keberkatan ilmu Form 5

Pada 30.10.2017,  Unit B&K mengadakan majlis keberkatan ilmu untuk pelajar form 5 di dewan seri kenyalang.  Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memberkati ilmu yang diberikan kepada pelajar sepenjang tempoh mereka belajar di sekolah ini,  selain itu,  meningkatkan motivasi pelajar supaya sentiasa terus berusaha untuk mengejar kejayaan hidup.  Semua pelajar form 5 dan guru-guru berkumpul di dalam dewan.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa,  ucapan pengetua,  ucapan pelajar dan bersalaman.



Seminar BLD Plantations (KTS Group)

Pada 26.10.2017,  sekolah dihadiri oleh Syarikat BLD Plantations yang telah memberikan ceramah berkenaan latihan kemahiran perladangan selepas pelajar menamatkan pendidikan Tingkatan 5.  Syarikat ini menyediakan latihan peringkat diploma dengan penyediaan kemudahan penuh seperti asrama atau tempat tinggal.  Para pelajar yang berjaya akan melanjutkan pelajaran di Universiti Lim Kok wing dengan biasiswa tajaan penuh.  Semua pelajar tingkatan 6 dan 5 diberi peluang mendengar ceramah pada hari itu.  Selepas ceramah para pelajar ditemuduga sebagai syarat pengambilan kemasukan.

 ceramah
sesi temuduga

Wednesday, 11 October 2017

Majlis keberkatan ilmu Tingkatan 3

Pada 6.10.2017,  Unit B&K telah mengadakan majlis keberkatan ilmu untuk pelajar Tingkatan 3.  Tujuan utama majlis ini diadakan untuk merestui setiap pelajar yang akan menduduki pentaksiran PT3 bermula 9.9.2017 ini.  Semua guru dan pelajar tingkatan 3 berkumpul di dewan untuk bersama-sama menjayakan majlis ini.  Majlis bermula pukul 1100 dan berakhir pukul 1200.  
















Sambutan Hari Merdeka

Pada 15.9.2017,  sekolah telah mengadakan majlis sambutan kemerdekaan di dewan.  Semua pelajar dan guru berkumpul di dalam dewan untuk meraikan kemerdekaan.  Majlis dimulakan pukul 0700 pagi dan berkahir 1000 pagi.  Pelbagai aktiviti diadakan untuk memeriahkan suasana seperti pertandingan mengibar jalur gemilang,  persembahan nyanyian,  sajak,  tarian dan lain-lain.





Motivasi anti displin

Pada 18.8.2017,  Unit B&K menyediakan motivasi kepada para pelajar yang kerap menimbulkan pelabagai masalah disiplin di sekolah.  Seramai 56 orang murid yang dipilih menyertai motivasi ini.  Para pelajar disediakan dengan aktiviti dalam kumpulan dan ceramah kesedaran dari Guru B&K dan PKHEM. 

 Motivasi PKHEM




Program pencegahan ponteng oleh GBK Daerah Sibu

Pada 13.9.2017 GBK Daerah Sibu berkampung di Sekolah ini untuk memberikan motivasi kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah.  Seramai 106 orang pelajar dari pelbagai tingkatan telah menyertai program ini.  Tujuan utama program ini ialah untuk membanteras gejala ponteng para pelajar.  Pelbagai modul motivasi yang disediakan kepada para pelajar dalam usaha membantu mereka meningkatkan disiplin mereka dalam kehidupan.





Friday, 15 September 2017

Sambutan Kemerdekaan pelajar Asrama

Pada 9.9.2017,  pelajar asrama membuat sambutan kemerdekaan di Dewan Seri kenyalang.  Sambutan ini dikelolakan oleh Lembaga Pengurusan Asrama diketuai oleh Ketua waden Cikgu Fadly.  Semua pelajar asrama berkumpul di dewan bermula pukul 0700 dan berakhir pukul 1000 malam.  Pelbagai aktiviti sambutan kemerdekaan seperti pertandingan ratu dan jejakan kemerdekaan,  hiasan asrama dan bilik dan lain-lain.  Berikut adalah gamabr aktiviti pelajar :




SAMBUTAN KEMERDEKAAN Peringkat Sekolah

Pada 15.9.2017,  warga sekolah telah menyambut hari kebangsaan di dewan Seri kenyalang.  Semua pelajar,  guru dan kakitangan sokongan berkumpul di dalam dewan untuk meraikan hari kebangsaan dan juga hari Malaysia pada 16.9.2017.  Majlis bermula pada pukul 0730 pagi dan berakhir pukul 0930 pagi. 
 Gimik Kemerdekaan
 ucapan pengetua
 sajak kemerdekaan
 persembahan etnik
pertandingan kibaran jalur gemilang