VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Friday, 12 May 2017

Highly Immersive Programme (HIP)

Pihak sekolah telah melancarkan Highly Immersive Programme (HIP) bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris.  Perlaksanaan program ini dipimpim oleh Cikgu Angeline dan dibantu oleh Guru-guru Bahasa Inggeris yang lain.  PIBG sangat menyokong program ini iaitu dengan ikhlas telah menyumbangkan sebanyak RM1300 untuk menjayakannya demi masa depan anak-anak dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Gambar di bawah adalah pelancaran program tersebut .







Ceramah Kerjaya Tingkatan 3 - 6

Unit Bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam memberikan pendidikan kerjaya kepada para pelajar.  Justeru,  penglibatan tingkatan 3 hingga 6 begitu sesuai supaya tidak ketinggalan mengenai maklumat kerjaya pada hari ini.



Ceramah pendidikan kemahiran oleh Kolej Aitc

Pada 28.4.2017,  para pelajar mendapat pendedahan daripada Kolej Aitc berkenaan dengan pendidikan dan latihan kemahiran yang ditawarkan.  Peluang pendidikan ini begitu sesuai dengan para pelajar yang sangat lemah dalam akademik iaitu para pelajar dilatih dalam bidang kerjaya seperti automotif,  kimpalan, pengkomputeran,  latihan perkeranian dan lain-lain.  Para pelajar yang berminat digalakkan untuk membuat permohonan demi masa depan yang lebih cerah di masa depan.

Ceramah oleh En Kriss dari Kolej Aitc
Para pelajar Tingkatan 4 dan 5

Gotong Royong PIBG

Pada 6.5.2017,  PIBG mengadakan gotong royong di sekolah dengan menjalankan pelbagai aktiviti seperti membersihkan tapak perhimpunan,  menyimen pondok pengawal, membaiki rumah hijau,  membersihkan parit,  membaja rumput padang dan lain-lain.  Seramai 360 ibu bpaa dan 120 orang guru dan kakitangan sokongan menjayakan projek ini.  Gotong royong ditangguhkan pada jam 1100 pagi.

 Membaiki rumah hijau
 Membersihkan tapak perhimpunan
 Membersihkan longgokan kayu di belakang asrama
Mengisi tanah pada pokok bunga

Orientasi Pra-U (Tingkatan 6 Rendah ) 2017

Pada 2-12.5.2017,  sekolah mengadakan program orientasi kepada para pelajar Tingkatan 6 selama 2 minggu.  Pengisian slot orientasi ini merangkumi aspek pelajaran dan pembelajaran di Tingkatan 6,  pendidikan dan kerjaya,  halatuju tingkatan 6,  motivasi kendiri,  aktiviti berkumpulan,  ujian psikometrik dan lain-lain.  Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 6 yang melapor dan menyertai program orientasi ini.

 Ucapan PK Tingkatan 6 Cikgu Kong Tai Tey
 Ucapan PK akademik Cikgu Busang
 Ucapan Cikgu Janting (Pendidikan Seni)
 Ucapan GBK Cikgu Louis Pasu
Ucapan Ketua Sektor

Friday, 21 April 2017

Hari Permuafakatan

Pada 8.4.2017,  pihak sekolah telah mengadakan hari permuafakatan dengan ibu bapa.  Majlis dimulakan dengan ucapan pengetua di dewan,  ucapan YDP PIBG, Ucapan DSP Chung Aik Peng dan kemudian ibu bapa berjumpa dengan guru tingkatan di dalam kelas anak masing-masing untuk membincangkan hal ehwal akademik,  sikap dan tanggungjawab anak-anak.  seramai 1000 lebih ibu bapa yang hadir menyokong program permufakatan ini demi kejayaan anak masing-masing dalam pendidikan.  Program ini ditangguhkan pada jam 1200 tengah hari selepas ibu bapa selesai berjumpa dengan guru tingkatan.

 Ucapan pengetua
 Ibu bapa
Ceramah oleh DSP Chung Aik Peng

Sunday, 19 March 2017

PERKHEMAHAN Unit Kokurikulum

Pada 17-20.3.2017,  pihak sekolah telah mengadakan perkhemahan di sertai oleh semua unit kk.  Perkhemahan ini diadakan di tapak perkhemahan belakang sekolah.  Tujuan perkhemahan ini diadakan untuk mendidik para pelajar mengenai kehidupan berdikari,  bekerjasama dalam komuniti,  mengeratkan hubungan dikalangan pelajar dan guru dan lain-lain.  Semua guru melibatkan diri dari awal hingga akhir mengikut jadual bertugas masing-masing.


Keputusan SPM 2016

Pada 16.3.2017,  bekas pelajar Tingkatan 5 tahun lepas berpusu-pusu ke sekolah untuk mendapatkan keputusan SPM mereka.  Ada diantaranya tidak bersabar-sabar untuk mendapatkan keputusan masing-masing. Pihak sekolah mengumpul semua murid di dewan didahului dengan ucapan pengetua,  PK 1 dan penyerahan insentif kepada para pelajar yang mendapat 5A ke atas.  10 orang pelajar dikenalpasti medapat 5A ke atas.

10 orang pelajar mendapat 5A keatas ( seorang tidak ada di dalam gambar)

Motivasi Form 6

Unit bimbingan dan kaunseling memainkan peranan mereka dalam menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar Tingkatan 6 mengenai kepentingan pendidikan latihan kemahiran.  Para pelajar diberi kesedaran bahawa masa depan bukan melihar kecemerlangan akademik semata mata,  malah palajar boleh berjaya dalam bidang kemahiran.  Institusi kerajaan dan swasta pada masa kini menitikberatkan pendidikan kemahiran dalam usaha untuk membina negara maju dalam teknologi dan inovasi.  Ceramah ini disampaikan oleh Cikgu Louis Anak Pasu.


Ceramah Motivasi SK Sentosa Sibu

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi yang bertajuk persediaan sebelum UPSR yang disampaikan oleh Guru B&K Cikgu Louis Ak Pasu.  Ceramah ini diadakan bertujuan untuk membina kesedaran pelajar mengenai persediaan awal sebelum peperiksaan,  selain itu memberi penekanan kepada para pelajar bertapa pentingnya pendidikan demi masa depan mereka.  Ceramah ini dimulakan pada pukul 1030-1130 pagi di dewan sekolah.