VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Friday, 13 January 2017

Orientasi Tingkatan 1 2017

Pada 3-6.1.2017,  Unit B&K menganjurkan orientasi tingkatan 1 di dewan Sekolah yang dihadiri seramai 270 orang pelajar.  Orientasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar baru mengenai persekitaran sekolah yang baru.  Perkara-perkara yang dikongsikan oleh pengetua,  PK HEM,  PK 1 ialah berkenaan dengan disiplin,  akademik,  sukan dan permainan,  peraturan dan lain-lain.  Para guru B&K mendidik pelajar cara pengurusan diri,  mengenali warga sekolah,  belajar lagu sekolah,  misi,visi,  Teamwork dan lain-lain aktiviti.  Orientasi ini ditamatkan pada hari Jumaat pukul 1200 Tengah hari dan pelajar memulakan sesi PDP seperti biasa pada minggu berikutnya.
 Taklimat pengetua
 sesi bersama Cikgu Louis
 Team work bersama Cikgu Catherine
Pengurusan diri bersama Cikgu Celiaulas

Taklimat Pelajar Asrama 2017

Pada 2.1.2017,  semua pelajar asrama berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar taklimat daripada ketua waden dan para waden.  Pelajar dianggarkan seramai 450 orang yang mendiami asrama dari Tingkatan 1-6.  Taklimat pertama disampaikan oleh Ketua waden Cikgu Fadly menyentuh mengenai hal ehwal disiplin,  asrama dan lain-lain yang berkaitan.  Kemudian ucapan disampaikan oleh para guru waden yang lain.  Taklimat ini diselesaikan sehingga jam 0900 malam.


Saturday, 26 November 2016

JaMUAN AKhir Tahun 2016

Pada 25.11.2016,  pihak sekolah mengadakan jamuan akhir tahun di Paramount Hotel jam 0700 - 0945 pm.  Jamuan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua guru dan AKS yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sepanjang tahun.  Para PIBG juga dijemput bersama-sama menjayakan majlis ini.  Aktiviti pada malam jamuan ialah meraikan guru yang berpindah iaitu cikgu Jason Menga yang ditukarkan ke SMK Bukit Asek,  cabutan tiket bertuah,  penyampaian sijil penghargaan unit KK dan HEM,  persembahan para guru dan mencari man & ladies of the night.  Majlis berakhir pada pukul 0945 malam.

Guru Berpindah sekolah (Cikgu Jason)


 Penyampaian anugerah
Man & Ladies of the night

Monday, 21 November 2016

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2016

Pada 18.11.2016 pihak sekolah telah mengadakan majlis anugerah kecemerlangan di Dewan Seri kenyalang yang dihadiri oleh YB Gira Anak Sambang.  Objektif majlis ini ialah untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.  Selain itu,  majlis ini turut memberi penghargaan kepada para guru yang cemerlang dalam mengurus kelas masing-masing.  dianggarkan 500 peserta termasuk ibu bapa yang hadir menjayakan majlis ini yang bermula pukul 0730 pagi hingga 1130 pagi.

Penyampaian hadiah oleh pengetua
 Menyambut ketibaan YB Gira Sambang
 Kehadiran pelajar dan ibu bapa
 Anugerah pelajar Pra sekolah
 VIP
 Penyampaian hadiah oleh YB GIRA SAMBANG
Pelajar cemerlang SPM 2015

Sunday, 13 November 2016

CERAMAH ANTI ROKOK

Pada 11.11.2016,  Lembaga Displin sekolah telah mengadakan ceramah anti rokok kepada para pelajar yang merokok selama ini.  Seramai 30 orang pelajar yang terdiri dari tingkatan 1 hingga 6 menjadi peserta dalam program ini.  Pukul 0800 hingga 0900 adalah ceramah oleh Kaunselor Cikgu Louis Pasu,  pukul 0900 - 0930 eksperimen kesan rokok kepada paru-paru oleh Cikgu Hare.
 Ceramah oleh Cikgu Louis

Eksperimen diuruskan oleh Cikgu Hare

EXAMPLE CENDERAMATA YB GIRA


Tuesday, 4 October 2016

Lawatan SMK Tebakang

Pada 1.10.2016,  sekolah kita didatangi oleh pelajar-pelajar dan guru dari SMK Tebakang.  Tujuan lawatan ini adalah untuk menimba ilmu dikalangan guru dan pelajar tentang pengurusan asrama sekolah.  Sepanjang tempoh lawatan ini,  para pelajar dan guru disediakan dengan pelbagai aktiviti oleh waden-waden SMK Luar bandar Sibu.  Ketibaan pelajar dan guru disambut oleh para waden yang diketuai oleh Cikgu Minggu.  Pada Malam Jumaat,  taklimat disampaikan oleh Cikgu Hassan dan Cikgu Louis,  manakala,  pada hari Sabtu,  sukaneka diuruskan oleh Cikgu Raphael dan waden lain-lain.  Pada malam sabtu,  para guru dan pelajar membuat persembahan di dewan sama ada menyanyi atau tarian. Para pelajar dan guru SMK Tebakang seterusnya balik ke sekolah mereka pada 3.10.2016.

Pelajar dan Guru SMK Tebakang
Persembahan guru 
persembahan pelajar

Thursday, 8 September 2016

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Pada 8.9.2016,  pihak sekolah menganjurkan sambutan kemerdekaan di Dewan Seri Kenyalang disertai oleh semua warga sekolah.  Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk membina kesedaran di kalangan warga sekolah tentang erti kemerdekaan dan juga untuk menghargai dan mengenang jasa-jasa pejuang kemerdekaan pada zaman dahulu kala.  Pelbagai aktiviti dipertandingkan sepanjang bulan kemerdekaan iaitu melukis poster,  menghias kelas dan asrama,  kibaran bendera dan lain-lain.  Majlis ini dimulakan dari jam 0700 pagi dan berakhir pada jam 1030 pagi. 




Monday, 5 September 2016

Motivasi Halatuju Tingkatan 6

Pada 1.9.2016,  unit bimbingan dan kaunseling dan tingkatan 6 memberikan ceramah motivasi halatuju kepada para pelajar Tingkatan 6.  Tujuan ceramah ini ialah untuk membina kesedaran para pelajar mengenai pendidikan dan masa hadapan yang bakal ditempuhi mereka suatu hari nanti.  Ceramah ini disampaikan oleh Cikgu Louis Pasu dari jam 0130 - 0300 petang.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT ASRAMA

Pada 30.8.2016,  Lembaga Pengurusan Asrama telah menganjurkan aktiviti kemerdekaan di Dewan Seri kenyalang bermula jam 630 petang- 1000 malam.  Tujuan sambutan ini ialah memberi kesedaran kepada para pelajar erti kemerdekaan sebenar yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan pada zaman dahulu kala. Para pelajar perlu dididik dengan nilai dan semangat kemerdekaan yang ditunjukkan oleh pejuang sebelum ini.  Aktiviti yang dianjurkan pada malam ini ialah kibaran jalur gemilang,  nyanyian patriotik dan ratu merdeka.  Para pelajar dan waden asrama bersama-sama berkumpul di dewan untuk memeriahkan acara ini.