VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Sunday, 1 November 2015

Kolej Teknologi Sarawak menyumbangkan water dispenser

Pada 29.10.2015,  Kolej Teknologi Sarawak telah menyumbangkan water dispenser kepada pihak sekolah kerana tanda mengucapkan terima kasih disebabkan selalu menerima mereka mengadakan ceramah dan motivasi kepada para pelajar sekolah ini.  Selain itu,  mereka juga melahirkan rasa terima kasih kepada pihak sekolah kerana ramai para pelajar telah melanjutkan pengajian di Kolej mereka dalam pelbagai jurusan dan telah menamatkan pengajian dengan jayanya.  Water dispenser ini akan ditempatkan di bilik kaunseling untuk kegunaan pelajar dan warga sekolah.

Lawatan bekas Pelajar

Pada 27.10.2015,  3 orang bekas pelajar datang berjumpa dengan pihak sekolah untuk membincangkan aktiviti alumni yang akan diadakan pada tahun ini.  Persatuan bekas pelajar SMKLBS yang dipengerusikan oleh Cikgu Busang telah ditubuhkan 2 tahun lepas.  Tahun 2014 telah berjaya diadakan sambutan 50 tahun penubuhan SMK Luar Bandar dengan kerjasama En. Sammy Ngelambai sebagai penyelaras aktiviti ketika itu.  Pada tahun ini,  beberapa agenda dibincangkan dengan pihak sekolah seperti memberi insentif kepada pelajar cemerlang dan majlis makan malam semua bekas pelajar pada 6.11.2015.


Ceramah Kolej Vokasional (Pendidikan kemahiran)

Pada 22.10.2015,  pihak sekolah telah menjemput kolej Vokasional Sibu untuk menyampaikan ceramah pendidikan aliran kemahiran kepada para pelajar Tingkatan 3.  Tujuan utama ceramah ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar cara-cara membuat permohonan kemasukan,  selain itu menjelaskan kepada para pelajar kepentingan pendidikan teknikal dan kemahiran pada masa kini.  130 orang pelajar Tingkatan 3 yang terlibat dengan ceramah ini yang dianjurkan oleh Unit bimbingan dan Kaunseling sempena minggu pasca PT3.


Ceramah Motivasi oleh KoleJ Segi

Pada 19.10.2015,  pihak sekolah didatangi oleh Kolej Segi.  Mereka telah menyampaikan motivasi kepada para pelajar mengenai kepentingan pendidikan di masa hadapan.  Selain itu,  para pelajar diberi peluang berbincang mengenai pendidikan dan kerjaya mereka suatu hari nanti selepas menamatkan pengajian di penringkat ijazah.  Seramai 90 orang pelajar tingkatan 5 yang terlibat dengan ceramah ini yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

Friday, 16 October 2015

MOTIVASI TINGKATAN 6

Pada 16.10.2015,  pihak sekolah dari unit tingkatan 6 telah menganjurkan program motivasi kepada semua pelajar Tingkatan 6.  Tujuan utama motivasi ini ialah untuk memberi kesedaran kepada semua pelajar supaya telah bersedia menghadapi peperiksaan STPM.  Selain itu memberi penekanan bahawa pendidikan sahaja menjamin masa depan baik akademik atau kemahiran.  Seramai 80 orang pelajar Tingkatan 6 yang terlibat dengan motivasi ini.
 Motivasi dari PK Tingkatan 6 Cikgu Kong Tai Tey
 Motivasi dari Unit B&K Cikgu Louis Pasu
Motivasi dari Guru Akademik Cikgu Janting Abau

Saturday, 10 October 2015

Hari Sukan Negara

Pada 10.10.2015,  sekolah telah mengadakan aktiviti Sukan Negara.  Semua sekolah di seluruh negara bersama-sama bersukan pada hari Sabtu.  Tujuan utamanya ialah untuk memberi kesederan kepentingan sukan terhadap kesihatan,  selain itu menyemai sikap supaya sentiasa bersukan untuk amalan gaya hidup yang sihat.  Semua pelajar dan guru bersama-sama menjayakan aktiviti ini dari 0630 pagi hingga tengahari.  Aktiviti dimulakan dengan senaman aerobik dan disusuli dengan permainan bola sepak,  badminton,  bola jaring dan sebagainya.  Semua guru dan pelajar diwajibkan untuk menyertai semua acara yang disediakan oleh pihak sekolah.







Friday, 9 October 2015

Majlis Keberkatan Ilmu Tingkatan 3

Pada 10.9.2015,  Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan majlis keberkatan ilmu kepada para pelajar tingkatan 3.  Semua guru dan pelajar berada di dewan untuk menjayakan majlis ini.  Tujuan utama majlis ini ialah memberi keberkatan ilmu kepada para pelajar supaya mereka mendapat ketenangan dalam menjawab peperiksaan nanti.  Selain itu,  memohon ampun dan maaf daripada Tuhan Yang Maha Esa bagi segala kelakuan sepanjang hidup ini supaya memperoleh kedamaian dalam hidup sama ada semasa peperiksaan atau lain-lain hari.  Majlis diadakan dengan bacaan doa,  disusuli dengan ucapan, memberkati pelajar dan bacaan doa sekali lagi oleh Cikgu Raden Tedong.







Dinner Lembaga Pengurusan Asrama

Pada 9 September 2015,  pihak sekolah iaitu Lembaga Pengurusan Asrama telah mengadakan jamuan akhir tahun kepada para pengawas asrama,  waden dan pihak pengurusan di Hotel Paramount Sibu.  Seramai 40 orang pengawas asrama lelaki dan perempuan dijemput untuk memeriahkan majlis ini.  Tujuan utama majlis ini ialah untuk memberi penghargaan kepada Lembaga Pengurusan asrama.  Selain itu tanda kesyukuran telah menamatkan tugas dan tanggungjawab tahun ini dengan jayanya.  Pada malam tersebut,  pelbagai persembahan karaoke para pelajar dan guru,  juga cabutan tiket bertuah.  Majlis ditangguhkan pada jam 0915 malam.






Tuesday, 22 September 2015

SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Pada 17.9.2015,  pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Malaysia di dataran perhimpunan sekolah dengan melibatkan semua warga sekolah.  Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pelajar antaranya ialah bacaan sajak oleh Cikgu Ibrahim,  persembahan koir,  kawat kaki dan pertandingan mengibarkan bendera.







Thursday, 10 September 2015

Pelajar Lepasan STPM yang Melanjutkan pengajian Ke Universiti Awam

Joyce Anak Julin melanjutkan pengajian di UNIMAS dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (kajian hubungan industri dan perburuhan).  Ricky Anak Kapat Pengajian di UMS Ekonomi Perancangan dan pembangunan,  Bonica Stella anak Baie pengajian Sejarah di UMS,  dan Nicholas Mapang anak Chandai pengajian seni Gunaan dengan kepujian (pengurusan seni) di UNIMAS.
Joyce (kiri) Bonica Stella (tengah) Ricky kapat (kanan)