VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Saturday, 10 October 2015

Hari Sukan Negara

Pada 10.10.2015,  sekolah telah mengadakan aktiviti Sukan Negara.  Semua sekolah di seluruh negara bersama-sama bersukan pada hari Sabtu.  Tujuan utamanya ialah untuk memberi kesederan kepentingan sukan terhadap kesihatan,  selain itu menyemai sikap supaya sentiasa bersukan untuk amalan gaya hidup yang sihat.  Semua pelajar dan guru bersama-sama menjayakan aktiviti ini dari 0630 pagi hingga tengahari.  Aktiviti dimulakan dengan senaman aerobik dan disusuli dengan permainan bola sepak,  badminton,  bola jaring dan sebagainya.  Semua guru dan pelajar diwajibkan untuk menyertai semua acara yang disediakan oleh pihak sekolah.







Friday, 9 October 2015

Majlis Keberkatan Ilmu Tingkatan 3

Pada 10.9.2015,  Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan majlis keberkatan ilmu kepada para pelajar tingkatan 3.  Semua guru dan pelajar berada di dewan untuk menjayakan majlis ini.  Tujuan utama majlis ini ialah memberi keberkatan ilmu kepada para pelajar supaya mereka mendapat ketenangan dalam menjawab peperiksaan nanti.  Selain itu,  memohon ampun dan maaf daripada Tuhan Yang Maha Esa bagi segala kelakuan sepanjang hidup ini supaya memperoleh kedamaian dalam hidup sama ada semasa peperiksaan atau lain-lain hari.  Majlis diadakan dengan bacaan doa,  disusuli dengan ucapan, memberkati pelajar dan bacaan doa sekali lagi oleh Cikgu Raden Tedong.







Dinner Lembaga Pengurusan Asrama

Pada 9 September 2015,  pihak sekolah iaitu Lembaga Pengurusan Asrama telah mengadakan jamuan akhir tahun kepada para pengawas asrama,  waden dan pihak pengurusan di Hotel Paramount Sibu.  Seramai 40 orang pengawas asrama lelaki dan perempuan dijemput untuk memeriahkan majlis ini.  Tujuan utama majlis ini ialah untuk memberi penghargaan kepada Lembaga Pengurusan asrama.  Selain itu tanda kesyukuran telah menamatkan tugas dan tanggungjawab tahun ini dengan jayanya.  Pada malam tersebut,  pelbagai persembahan karaoke para pelajar dan guru,  juga cabutan tiket bertuah.  Majlis ditangguhkan pada jam 0915 malam.






Tuesday, 22 September 2015

SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Pada 17.9.2015,  pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Malaysia di dataran perhimpunan sekolah dengan melibatkan semua warga sekolah.  Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pelajar antaranya ialah bacaan sajak oleh Cikgu Ibrahim,  persembahan koir,  kawat kaki dan pertandingan mengibarkan bendera.







Thursday, 10 September 2015

Pelajar Lepasan STPM yang Melanjutkan pengajian Ke Universiti Awam

Joyce Anak Julin melanjutkan pengajian di UNIMAS dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (kajian hubungan industri dan perburuhan).  Ricky Anak Kapat Pengajian di UMS Ekonomi Perancangan dan pembangunan,  Bonica Stella anak Baie pengajian Sejarah di UMS,  dan Nicholas Mapang anak Chandai pengajian seni Gunaan dengan kepujian (pengurusan seni) di UNIMAS.
Joyce (kiri) Bonica Stella (tengah) Ricky kapat (kanan)

Team Building di Belawai

Pada 5.9.2015,  pihak sekolah telah mengadakan aktiviti team building yang dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.  Program ini melibatkan semua guru dan kakitangan sokongan.  Tujuan utama program ini adalah untuk menyemai sikap kerjasama berpasukan dikalangan peserta,  selain itu mengeratkan hubungan silaturahim,  semangat tolong menolong dan menghilangkan stress.  Aktiviti ini diadakan di Taman Rekreasi belawai bermula dari jam 0800 pagi hingga 0400 petang.



Thursday, 3 September 2015

PERTANDINGAN Lagu Patriotik

Pertandingan lagu patriotik diadakan pada 2-3.9.2015 di dewan badminton sekolah.  Para peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah para pelajar KP,  Tingkatan 1 dan 2.  Para guru tingkatan memainkan peranan dalam melatih dan menyediakan kelengkapan pelajar dalam usaha menjayakan aktiviti ini.  Tujuan utama pertandingan ini ialah,  sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan Negara Malaysia,  selain itu menyemai semangat cintakan negara dan tanah air.




PEWARIS dan Hari Merdeka peringkat Asrama

Program Pewaris diadakan pada 28.8.2015-29.8.2015.  Semua pelajar asrama dan ibu bapa mereka mengambil bahagian dalam aktiviti ini.  Tujuan utama aktiviti ini ialah menyemai sikap cintakan sekolah dan pendidikan,  menyemai sikap kasih sayang dikalangan ibu bapa dan anak-anak dan membantu sekolah secara tidak langsung oleh ibu bapa sama ada secara fizikal atau dalam bentuk psikologi.  Semasa aktiviti ini,  ibu bapa dijemput pihak sekolah untuk tinggal dengan anak mereka di asrama.  Pelbagai aktiviti yang disediakan iaitu,  sesi suai kenal,  senaman,  sukaneka,  karaoke dan sambutan kemerdekaan.  Program ini diuruskan oleh Lembaga Pengurusan Asrama.



Fire Drill

Aktiviti Firedrill sekolah diadakan pada 17.8.2015.  Semua guru,  pelajar dan kakitangan sekolah bersama-sama menjayakan program ini.  Tujuan utama program ini adalah untuk menyediakan diri langkah-langkah menghadapi kecemasan apabila berlaku kebakaran.  Aktiviti ini dibantu oleh Jabatan Bomba dan penyelamat daerah Sibu.  Semua guru dan pelajar diberi peluang untuk mencuba bagaimana menggunakan pemadam api.  Selain itu taklimat keselamatan disampaikan oleh pegawai bomba dari Daerah Sibu.
 Taklimat pegawai bomba
Guru berlatih menggunakan pemadam api.

Friday, 14 August 2015

Sijil Penghargaan peningkatan Gred Purata Bahasa Iban

Matapelajaran Bahasa Iban menunjukkan peningkatan GPMP sebanyak 1.0.  Justeru,  pihak sekolah sangat gembira menerima khabar ini kerana Matapelajaran ini telah menerima anugerah penghargaan dari panel Dr. Lambat Lindong.  Usaha gigih yang ditunjukkan oleh guru membuahkan hasil yang cemerlang.  Ini adalah hasil kersajama di kalangan pelajar dan guru serta institusi sekolah.  Guru Bahasa Iban di sekolah ini ialah Cikgu Jit,  Bangkang,  Elizabeth.

Sijil Penghargaan ditunjukkan oleh pengetua dan cikgu Jit semasa perhimpunan