VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday, 21 November 2024

SIMULASI FIRE DRILL 2024

 Pada 21 November 2024,  sekolah telah mengadakan latihan fire drill.  Tujuan latihan ini ialah untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kebakaran bangunan sekolah yang berlaku pada sesi persekolahan.  Latihan diadaan pada pukul 7 pagi,  disusuli dengan taklimat penyelaras dan PK HEM.  Berikut ialah gambar sepanjang aktiviti :










HARI PERMUAFAKATAN KEDUA 2024

Pada 11 Oktober 2024,  sekolah telah mengadakan permuafakatan kali kedua.  Semua ibu bapa dijemput ke sekolah untuk berjumpa dengan guru tingkatan berbincang pencapaiaan akademik dan sahsiah mereka.  Aktiviti bermula pada pukul 1000 pagi dan berakhir pada pukul 1130 pagi.  Berikut ialah gamabar sepanjang program.










Friday, 26 July 2024

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2024

Pada 23 - 26/7/24 pihak sekolah telah mengadakan sukan tahunan untuk semua pelajar.  Semua pelajar diberi peluang untuk mengambil acara untuk menguji bakat masing-masing.  Selain itu,  penglibatan pelajar dalam sukan untuk meningkatkan kecergasan dari segi fizikal dan mental.  6 buah rumah sukan dipertandingkan untuk merebut pingat yang disediakan.  Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sukan diadakan.




















HARI GAWAI PERINGKAT SEKOLAH 2024

 Pada 27.6.2024,  sekolah mengadakan sambutan Hari Gawai dan Pesta Keamatan di Dewan Seri Kenyalang. Tujuan perayaan ini untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan warga sekolah.  Selain itu untuk memperkenalkan kebudayaan masyarakat Dayak,  Kadazan di kalangan warga sekolah.  Berikut ialah gambar-gambar semasa aktiviti :

















Friday, 19 July 2024

MESYUARAT AGUNG PIBG 2024

 Pada 28 Jun 2024,  PIBG mengadakan mesyuarat Agung di Dewan Seri Kenyalang.  Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah untuk membicangkan pelbagai isu berkaitan dengan kurikulum/HEM/KK dan urusan Tingkatan 6 di sekolah.  Selain itu,  memberi makluman kepada ibu bapa mengenai perancagan program PIBG tahun ini dan menjelaskan jumlah kewangan PIBG yang sedia ada.  Berikut ialah gambar sepanjang mesyuarat.