Pada 18-21/7/2022, sekolah telah mengadakan hari sukan. Semua pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan. Tujuan utama hari sukan diadakan ialah untuk mempratikkan kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani/kesihatan di dalam atau luar kelas. Selain itu untuk menggalakkan semangat kesukanan, mengeratkan hubungan, aktiviti kesihatan dan memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar-pelajar serta guru-guru. Berikut ialah gambar aktiviti sukan sepanjang kejohanan diadakan.