Pada 18/3/2022 semua pelajar melapor diri di sekolah untuk menuntut buku latihan, buku kerja, alat tulis dan sebagainya. Seramai 1115 orang pelajar melapor diri di sekolah pada hari tersebut. Untuk mengelak penularan virus covid-19, Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Anak-anak sendiri akan berurusan dengan guru tingkatan masing-masing. Proses pendaftaran ini dijalankan dengan lancar kerana dibantu oleh semua guru. Pendaftaran pelajar berakhir pada pukul 12 tengahari. Berikut ialah gambar-gambar aktiviti pendaftaran :