VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Thursday, 17 January 2019

Pendidikan Kerjaya

Pada 16.1.2019,  Unit Bimbingan dan kaunseling mengadakan ceramah pendidikan kerjaya untuk para pelajar Tingkatan 5.  Tujuan utama ceramah ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan kerjaya di masa depan.  Para pelajar juga didedahkan mengenai cara-cara menghadapi temuduga.  Semua pelajar tingkatan 5 berkumpul di dewan seri kenyalang pada jam 1200 dan tamat pada 0130 pm.





Orientasi Tingkatan 4

Pada 15.1.2019,  Unit Bimbingan dan kaunseling telah mengadakan orientasi Tingkatan 4.  Tujuan utama orientasi ini untuk membina kesedaran pelajar mengenai pemilihan mata pelajaran di Tingkatan 4.  Selain itu para pelajar diberi pendedahan mengenai pendidikan kerjaya selepas SPM,  STPM/Diploma dan Ijazah.  Semua pelajar Tingkatan 4 berkumpul di dewan Seri Kenyalang bermula dari jam 0700 pagi - 0130 petang.  Pengetua dan penolong-penolong kanan diberi pelaung untuk berkongsi dengan pelajar dalam pelbagai isu akademik dan disiplin.






Orientasi Tingkatan 1

Pada 7-9.1.2019,  Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan orientasi Tingkatan 1 dan KP.  Tujuan uatma program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan dengan peraturan sekolah menengah,  gaya belajar,  membina hubungan dikalangan pelajar,  mengenali warga sekolah,  menyesuaikan diri di sekolah menengah dan lain-lain perkara.  Seramai 250 orang pelajar Tingkatan pada tahun 2019 yang terlibat dalam program ini.