Tuesday, 30 October 2018

MAJLIS KEBERKATAN ILMU FORM 6

Pada 26.10.2018,  Unit B&K dan Tingkatan 6 mengadakan majlis keberkatan ilmu pelajar form 6.  Tujuan majlis ini ialah untuk memberkat segala ilmu yang dicurahkan kepada para pelajar sebelum ini.  Selain itu memberikan semangat dan motivasi kepada para pelajar sebelum peperiksaan STPM pada 13.11.2018.  Majlis dimulakan pada jam 1030 pagi dengan bacaan doa oleh cikgu Janting,  seterusnya ucapan daripada PK form 6, ...

LAWATAN PASCA PT 3

Pada 24.10.2018  Unit B&K dan guru subjek membawa pelajar melawat ke UCTs dan Kolej Laila Taib.  Tujuan lawatan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang pendidikan yang ada di kolej dan universiti berkenaan.  Selain itu bertujuan untuk membuka mata dan minda pelajar mengenai gaya pembelajaran di universiti atau kolej.  Seramai 79 orang pelajar dan 6 orang guru terlibat dalam lawatan ini. ...

PASCA PT 3

Selepas tamat pentaksiran PT 3,  semua pelajar Tingkatan 3 terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh unit B&K.  Selain pendidikan di dalam kelas,  para pelajar turut terlibat dengan aktiviti sukan dan permainan,  projek khidmat masyarakat dan lain-lain projek yang diurus sendiri oleh guru subjek.  Tujuan penglibatan pelajar dalam pelbagai program yang dirancang ialah untuk membina semangat kekitaan, ...

PROGRAM ANTI ROKOK

Pada 12.10.2018,  Unit B&K mengadakan ceramah anti rokok kepada para pelajar yang didapati merokok dan termasuk pelajar-pelajar yang tidak merokok.  Tujuan ceramah ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bahaya rokok kepada kesihatan diri dan orang sekeliling.  Para pelajar ditunjukkan gambar-gambar bahaya akibat merokok,  kesan merokok dan cara mengatasi untuk berhenti merokok.  Ceramah ini disampaikan oleh...

Thursday, 4 October 2018

Kem ICT

Pada 28-30.9.2018,  Kem ICT telah diadakan di sekolah ini yang dikendalikan oleh Sarawak Information System sdn. bhd (SAINS).  Seramai 180 peserta yang terlibat menjayakan ke ICT ini.  Tujuan utama kem ini memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai teknologi dalam pengkomputeran dan aplikasi system.  Para guru juga dijemput bersama-sama pelajar menjayakan kem ini sepanjang 3 hari.  Kem ini ditangguhkan pada hari...