Pada 28.8.2018, sekolah dilawati oleh setiausaha sulit kementerian kerja raya iaitu Encik Zakaria untuk meninjau dan berbincang dengan pihak sekolah berkenaan dengan permasalahan infrastrukur di sekolah. Pihak kementerian cuba untuk membantu segera jika timbul sebarang kesulitan di sekolah. Sesi perbincangan dimulakan pukul 1000 pagi dan berakhir dengan lawatan sehingga jam 1230 petang. Perkara mutahak yang perlu disegerakan ialah masalah tangki air utama sekolah yang bocor yang menyebabkan gangguan bekalan air di seluruh kawasan sekolah. Masalah ini dijanjikan akan diselesaikan dengan segera mungkin bagi mengelakkan pembaziran air berlaku.