VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Tuesday, 24 July 2018

Kuiz sempena Bulan membaca

Pada 18.7.2018,  Sempena Bulan membaca,  sekolah telah menganjurkan aktiviti Kuiz Spontan yang diuruskan oleh Cikgu Minggu dan Ivy.  Tujuan aktiviti kuiz ini untuk memberi galakkan membaca dikalangan pelajar.  Ramai peserta yang mengambil bahagian dalam kuiz ini untuk merebut hadiah-hadiah yang disediakan.  Berikut adalah gambar semasa kuiz spontan diadakan :






Badminton Friendly Match dengan Kemuyang

Pada 19.7.2018,  Kelab Badminton SMKLbs telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelab Badminton Kemuyang.  Tujuan perlawanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan pemain.  Seramai 7 regu atau 14 pemain dari sekolah kita menyertai pertandingan ini.  Permainan dimulakan jam 0700 petang di dewan badminton sekolah.  Keputusan perlawanan memihak kepada pasukan Kemuyang.  Berikut adalah gambar kenangan pada hari tersebut :



Hari Guru dan Gawai Raya di TanahMas Hotel Sibu

Pada 21.7.2018,  sekolah telah menganjurkan Hari Guru,  Gawai dan Raya di Hotel Tanahmas Sibu.  Tujuan perayaan ini disambut untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan warga sekolah.  Selain para guru dan kakitangan sokongan,  saudara mara dan anak-anak turut dijemput untuk memeriahkan suasana pada malam tersebut.  Majlis dianjurkan secara sederhana iaitu beberapa persembahan nyanyian di sampaikan oleh Cikgu Belong,  Judo dan Josephine.  Cabutan bertuah turut disediakan untuk dimenangi oleh setiap orang.  Majlis bersurai pada jam 0900 pm.





Tuesday, 10 July 2018

Motivasi Kerjaya Tingkatan 6

Pada 3.7.2018,  Unit B&K menyampaikan ceramah berkenaan dengan prospek kerjaya selepas menamatkan pengajian di IPTA/IPTS suatu hari nanti.  Para pelajar diberi pendedahan dengan cara menghadiri temuduga dan penulisan resume.  Para pelajar juga diberi pendedahan mengenai pakaian yang perlu dipakai,  cara menjawab soalan,  tingkah laku semasa temuduga dan sebagainya.  Para pelajar juga diberitahu mengenai pusat dan tempat temuduga diadakan terutama kerja yang ditawarkan oleh kerajaan. 







Motivasi bersama ibu bapa dan pelajar Tingkatan 6

Pada 7.7.2018,  Unit Tingkatan 6 dan B&K mengadakan motivasi kepada ibu bapa dan pelajar 6 Rendah di dalam bilik mesyuarat.  Tujuan motivasi ini untuk memberikan kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar mengenai kualiti pendidikan di Tingkatan 6 serta sama taraf dengan pendidikan di peringkat diploma.  Selain itu memberikan pendedahan kepada ibu bapa mengenai prospek pendidikan dan kerjaya selepas tingkatan 6,  dan juga kemasukan ke IPTA dan IPTS selepas Tingkatan 6.  Ceramah ini disampaikan oleh Cikgu Louis Pasu bermula jam 0900-1030 pagi.






Hari permuafakatan ke-2

Pada 7.7.2018, Hari permuafakatan kedua telah diadakan iaitu perjumpaan semua ibu bapa dengan pelajar di dalam kelas anak masing-masing.  Majlis dimulakan dengan ucapan di dewan Seri Kenyalang oleh pengetua dan YDP Pibg.  Pukul 0800 majlis bersurai dan bergerak ke kelas.  dianggarkan 500 orang ibu bapa yang hadir pada hari itu.  Tujuan permuafakatn ini adalah untuk berbincang pencapaian akademik/kokurikulum dan sikap anak-anak di sekolah.









Tuesday, 3 July 2018

PSKPP

Pada 29-30.6.2018  Sekolah-sekolah Zon Selangau telah mengadakan pesta sukan dan kebudayaan di sekolah kita.  Pesta sukan ini melibatkan 5 zon termasuk sekolah kita yang dijemput untuk menyertai sekali.  Pesta sukan ini melibatkan semua guru dan kakitangan awam sekolah dan pejabat Zon Selangau.  Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak,  futsal,  menyumpit,  petanq,  badminton,  scrabble,  bola tampar,  bola jaring,  sepak takraw.  Manakala nyanyian solo dipertandingkan di RH Hotel ketika majlis penangguhan diadakan pada malam 30.6.2018 itu.  Tujuan pesta sukan ini diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan diantara guru-guru atau kakitangan sekolah.








Pasar Tani (Minggu Teknik dan Vokasional)

Pada 28.6.2018,  sekolah telah mengadakan Pasar tani yang dianjurkan oleh Bidang teknik dan Vokasional.  Semua guru dan warga sekolah bersama-sama melibatkan diri dengan membuka gerai makanan,  minuman,  sayuran dan lain-lain.  Semua pelajar dijemput untuk mengunjungi gerai yang disediakan di tapak perhimpunan.  Tujuan pasar diadakan untuk mendidik para pelajar mengenai ilmu perniagaan/perdagangan,  menggalakkan pelajar untuk menceburi bidang perniagaan serta menarik minat pelajar untuk mengusahakan perniagaan sendiri suatu hari nanti.  Program ini dimulakan jam 0800 pagi hingga 1200 tengahari.