Pada 28.6.2018 sekolah telah menganjurkan perayaan Hari Guru di Dewan Seri Kenyalang. Hari di seluruh Negara telah diraikan pada setiap 16 Mei. Walaubagaimanapun, sekolah telah menetapkan sambutan dilakukan pada 28.6.2018. Tujuan sambutan hari Guru ini untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam dunia pendidikan. Seramai 99 orang guru di sekolah ini diraikan dengan penuh meriah oleh pelajar-pelajar yang menyajikan pelbagai aktiviti yang menarik seperti persembahan dan sukaneka. Majlis ini dihadiri oleh tetamu kehormat YDP PIBG En. Wissly Amis Anak Nyalu. Majlis sambutan ditangguhkan pada pukul 0100 petang.