VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Wednesday, 31 January 2018

Merentas Desa Bahagian Sibu

Pada 27.1.2018,  sekolah telah menganjurkan Aktiviti Merentas desa peringkat bahagian yang disertai oleh sekolah-sekolah menengah bahagian Sibu.




Motivasi Pengurusan stress - Kolej MSU

Pada 30.1.2018,  Para pelajar Tingkatan 5Krk, 5A/B menyertai motivasi dari kolej MSU berkenaan dengan pengurusan stress.  Para pelajar diberi pendedahan mengenai cara-cara mengurus stress.




Ceramah Hidup untuk Berjaya - Kolej Twintech

Pada 24.1.2018,  Unit B&K menjemput Kolej Twintech untuk menyampaikan motivasi kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6.  Tujuan motivasi ini untuk meningkatkan semangat juang pelajar supaya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemajuan diri dalam pelajaran dan sikap. Motivasi ini disampaikan oleh Mr. Chee Suok Howe dari Kolej Twintech.




Orientasi Form 4

Pada 10.1.2018,  unit B&K mengadakan aktiviti orientasi untuk pelajar Tingkatan 4.  Tujuan program ini untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan di tingkatan 4 seperti pendidikan aliran sains,  kemanusiaan dan kemahiran/teknikal.  Pengetua dan barisan pengurusan diberi peluang berkongsi dengan pelajar tentang peluang dan pendidikan di Ting. 4.

 Ucapan PK 1
 aktiviti kumpulan
 aktiviti kumpulan
aktiviti kumpulan

Tuesday, 9 January 2018

Orientasi Form 1 dan Kp

Pada 3.1.2018 - 5.1.2018,  Unit B&K telah mengadakan program orientasi pelajar Tingkatan 1 dan Kp.  Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar gaya pembelajaran di sekolah menengah,  selain itu mendedahkan kepada para pelajar mengenai peraturan sekolah,  mengenali warga sekolah,  mengeratkan hubungan di kalangan pelajar sendiri,  pelbagai isu pendidikan di sekolah menengah.  Pelbagai aktiviti dan ceramah diadakan sepanjang program antaranya ice breaking,  ceramah oleh pihak pengurusan,  ceramah pengurusan diri,  teamwork,  ujian kendiri dan lain-lain.  Seramai 230 orang pelajar Tingkatan 1 dan Kp hadir menyertai program ini.