VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Sunday, 19 March 2017

PERKHEMAHAN Unit Kokurikulum

Pada 17-20.3.2017,  pihak sekolah telah mengadakan perkhemahan di sertai oleh semua unit kk.  Perkhemahan ini diadakan di tapak perkhemahan belakang sekolah.  Tujuan perkhemahan ini diadakan untuk mendidik para pelajar mengenai kehidupan berdikari,  bekerjasama dalam komuniti,  mengeratkan hubungan dikalangan pelajar dan guru dan lain-lain.  Semua guru melibatkan diri dari awal hingga akhir mengikut jadual bertugas masing-masing.


Keputusan SPM 2016

Pada 16.3.2017,  bekas pelajar Tingkatan 5 tahun lepas berpusu-pusu ke sekolah untuk mendapatkan keputusan SPM mereka.  Ada diantaranya tidak bersabar-sabar untuk mendapatkan keputusan masing-masing. Pihak sekolah mengumpul semua murid di dewan didahului dengan ucapan pengetua,  PK 1 dan penyerahan insentif kepada para pelajar yang mendapat 5A ke atas.  10 orang pelajar dikenalpasti medapat 5A ke atas.

10 orang pelajar mendapat 5A keatas ( seorang tidak ada di dalam gambar)

Motivasi Form 6

Unit bimbingan dan kaunseling memainkan peranan mereka dalam menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar Tingkatan 6 mengenai kepentingan pendidikan latihan kemahiran.  Para pelajar diberi kesedaran bahawa masa depan bukan melihar kecemerlangan akademik semata mata,  malah palajar boleh berjaya dalam bidang kemahiran.  Institusi kerajaan dan swasta pada masa kini menitikberatkan pendidikan kemahiran dalam usaha untuk membina negara maju dalam teknologi dan inovasi.  Ceramah ini disampaikan oleh Cikgu Louis Anak Pasu.


Ceramah Motivasi SK Sentosa Sibu

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi yang bertajuk persediaan sebelum UPSR yang disampaikan oleh Guru B&K Cikgu Louis Ak Pasu.  Ceramah ini diadakan bertujuan untuk membina kesedaran pelajar mengenai persediaan awal sebelum peperiksaan,  selain itu memberi penekanan kepada para pelajar bertapa pentingnya pendidikan demi masa depan mereka.  Ceramah ini dimulakan pada pukul 1030-1130 pagi di dewan sekolah.


Friday, 3 March 2017

Mesyuarat agung PIBG

Pada 25.2.2017,  mesyuarat agung PIBG diadakan di dewan Seri Kenyalang untuk membuat pemilihan ajk tahun 2017/2019.  Selain itu,  para pihak pengurusan mengambil peluang untuk menjelaskan kepada para ibu bapa mengenai akademik,  disiplin,  kokurikulum dan Tingkatan 6. Mesyuarat ini dimulakan dari jam 0730 pagi dan ditangguhkan jam 1200 Tengah hari.  Lebih kurang 600 orang ibu bapa yang menghadirkan diri untuk menjayakan mesyuarat ini.


Urin Test

Pada 22.2.2017,  pihak sekolah menjempt AADK untuk melalukan ujian saringan air kencing kepada para pelajar yang dipilih khas oleh pihak sekolah.  Tujuan urin test ini ialah supaya pihak sekolah sentiasa berwaspada jika berlaku penangihan dadah dikalangan pelajar.  Maka langkah awal boleh dilakukan untuk membendung masalah ini.  Pihak sekolah sangat berpuas hati kerana keputusan urin test bagi setiap pelajar yang dipilih adalah negatif. Maka sekolah ini bebas dari gejala dadah.