Saturday, 14 November 2015

Sukan TAhuNAn SekolaH

Pada 9 - 13.11.2015,  pihak sekolah telah mengadakan sukan tahunan.  Sukan ini melibatkan semua pelajar yang diwakili oleh rumah sukan masing-masing.  6 rumah sukan yang bertanding ialah rumah sukan Syarif Masahor,  Banting,  Patinggi Ali,  Rosli Dhoby,  Rentap dan Linggir.  Tujuan aktiviti sukan ini diadakan adalah untuk melihat bakat pelajar yang berkecenderungan dalam bidang sukan dan permainan.  Selain...

MajLis AnugeraH KeCemerlaNgan

Pada 11.11.2015,  Pihak sekolah telah mengadakan majlis Anugerah kecemerlangan pelajar bertujuan memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik,  sukan dan sahsiah.  Majlis ini dihadiri oleh setiausaha politik kerajaan iaitu Puan Chumang, PIBG,  ibu bapa,  guru dan pelajar.  Majlis seumpama ini diadakan setiap tahun untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang.  Selain itu juga,...

Saturday, 7 November 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Asrama Di Hotel Paramount Sibu

Pada 7.11.2015,  Unit pengurusan asrama telah menganjurkan majlis anugerah kecemerlangan pelajar asrama di Hotel Paramount Sibu.  Tujuan utama anugerah ini diadakan ialah untuk memberi penghargaan kepada para pelajar asrama yang sudah bertungkus lumus dalam membantu membangunkan asrama sekolah dari segi kebersihan,  keceriaan dan pembentukan modal insan yang berkualiti.  Selain itu,  bertujuan untuk memberi pendedahan kepada...

Tuesday, 3 November 2015

Majlis Anugerah kecemerlangan Pelajar Asrama

Pada 31.10.2015,  unit pengurusan asrama telah mengadakan majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar asrama.  seramai 700 orang pelajar asrama yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.  Tujuan utama majlis ini ialah untuk memberikan penghargaan kepada para pelajar terhadap sumbangan mereka selama ini. Hadiah-hadiah yang disampaikan semasa majlis ini ialah,  asrama terbaik,  asrama terbersih,  bilik tebersih...

Monday, 2 November 2015

Lawatan ke UCTS (Pelajar Pasca PT3)

Pada 30.10.2015,  Unit Bimbingan dan Kaunseling membawa para pelajar Tingkatan 3 melawat ke UCTS (University College Of Technology Sarawak).  Seramai 45 orang pelajar serta 3 orang guru bersama-sama mengiringi pelajar membuat lawatan ini.  Tujuan utama lawatan ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai gaya pelajaran dan pembelajaran di Universiti.  Selain itu,  menanam sikap belajar diklangan pelajar...

Sunday, 1 November 2015

Majlis Keberkatan Ilmu Tingkatan 6

Pada 29.10.2015,  Unit Tingkatan 6 serta Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan majlis keberkatan ilmu kepada para pelajar Tingkatan 6.  Tujuan utama majlis ini ialah untuk memberi keberkatan ilmu kepada para pelajar sebelum bermulanya peperiksaan STPM semester akhir.  Selain itu,  untuk meningkatkan semangat motivasi dan juang dikalangan pelajar supaya sentiasa mementingkan pendidikan demi masa depan mereka. Seramai 84...

Kolej Teknologi Sarawak menyumbangkan water dispenser

Pada 29.10.2015,  Kolej Teknologi Sarawak telah menyumbangkan water dispenser kepada pihak sekolah kerana tanda mengucapkan terima kasih disebabkan selalu menerima mereka mengadakan ceramah dan motivasi kepada para pelajar sekolah ini.  Selain itu,  mereka juga melahirkan rasa terima kasih kepada pihak sekolah kerana ramai para pelajar telah melanjutkan pengajian di Kolej mereka dalam pelbagai jurusan dan telah menamatkan pengajian...

Lawatan bekas Pelajar

Pada 27.10.2015,  3 orang bekas pelajar datang berjumpa dengan pihak sekolah untuk membincangkan aktiviti alumni yang akan diadakan pada tahun ini.  Persatuan bekas pelajar SMKLBS yang dipengerusikan oleh Cikgu Busang telah ditubuhkan 2 tahun lepas.  Tahun 2014 telah berjaya diadakan sambutan 50 tahun penubuhan SMK Luar Bandar dengan kerjasama En. Sammy Ngelambai sebagai penyelaras aktiviti ketika itu.  Pada tahun ini,  beberapa...

Ceramah Kolej Vokasional (Pendidikan kemahiran)

Pada 22.10.2015,  pihak sekolah telah menjemput kolej Vokasional Sibu untuk menyampaikan ceramah pendidikan aliran kemahiran kepada para pelajar Tingkatan 3.  Tujuan utama ceramah ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar cara-cara membuat permohonan kemasukan,  selain itu menjelaskan kepada para pelajar kepentingan pendidikan teknikal dan kemahiran pada masa kini.  130 orang pelajar Tingkatan 3 yang terlibat...

Ceramah Motivasi oleh KoleJ Segi

Pada 19.10.2015,  pihak sekolah didatangi oleh Kolej Segi.  Mereka telah menyampaikan motivasi kepada para pelajar mengenai kepentingan pendidikan di masa hadapan.  Selain itu,  para pelajar diberi peluang berbincang mengenai pendidikan dan kerjaya mereka suatu hari nanti selepas menamatkan pengajian di penringkat ijazah.  Seramai 90 orang pelajar tingkatan 5 yang terlibat dengan ceramah ini yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan...