Program Pewaris diadakan pada 28.8.2015-29.8.2015. Semua pelajar asrama dan ibu bapa mereka mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Tujuan utama aktiviti ini ialah menyemai sikap cintakan sekolah dan pendidikan, menyemai sikap kasih sayang dikalangan ibu bapa dan anak-anak dan membantu sekolah secara tidak langsung oleh ibu bapa sama ada secara fizikal atau dalam bentuk psikologi. Semasa aktiviti ini, ibu bapa dijemput pihak sekolah untuk tinggal dengan anak mereka di asrama. Pelbagai aktiviti yang disediakan iaitu, sesi suai kenal, senaman, sukaneka, karaoke dan sambutan kemerdekaan. Program ini diuruskan oleh Lembaga Pengurusan Asrama.