VISI/MISI

Sekolah

Sambutan Hari Merdeka

Peringkat Sekolah di Dewan Seri Kenyalang

Friday, 13 February 2015

Mesyuarat Agung Koperasi

Pada 13.2.2015,  mesyuarat agung koperasi diadakan di Dewan badminton sekolah.  Mesyuarat ini dihadiri oleh pengetua dan AJK koperasi dan semua pelajar.  Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membentangkan laporan kewangan Koperasi dan aktiviti koperasi berakhir tahun 2014.




Hari Kokurikulum Persatuan Unit Beruniform

Hari Kokurikulum Unit Beruniform diadakan selang 2 minggu.  Semua guru dan pelajar berkumpul mengikut unit masing-masing dari pukul 230 pm - 345 pm.  Di sekolah ini,  Unit beruniform terdiri daripada Kadet Polis,  Kadet Bomba,  PKBM,  Pandu Puteri,  Pengakap,  Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja.




Hari Kokurikulum Kelab

Hari kokurikulum Kelab diadakan setiap 2 minggu sekali.  pelajar dan guru akan berkumpul mengikut kelab masing-masing dari Pukul 230 petang hingga 345 petang.  Pelbagai Kelab ditubuhkan di sekolah ini.  Antaranya Kelab Pelancongan,  Pencegah Jenayah,  Pustakawan,  PRS,  Bimbingan dan Kaunseling,  Sejarah,  Bahasa Inggeris,  Catur dan lain-lain.




Latihan dalam Perkhidmatan dengan Timbalan PPD Sibu

Pada 9.2.2015,  sekolah sangat bertuah kerana dihadiri sendiri oleh Timbalan PPD Sibu untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan PBBBP.  Beliau menjelaskan bahawa seseorang guru hendaklah sentiasa meningkatkan kualiti diri di sekolah untuk memberi didikan kepada para pelajar sama ada dalam bidang akademik,  kokurikulum dan sahsiah.  Pencapaian pelajar adalah pencapaian guru itu sendiri.  Kecemerlangan pelajar adalah hasil kerjasama guru dengan pelajar.  Justeru,  menjadi seseorang guru  memerlukan sikap kesabaran dan penuh dedikasi.  Hasilnya sekolah menjadi pusat pendidikan yang berfungsi, dan guru memang benar menjalankan tanggungjawab mereka.



Friday, 6 February 2015

CERAMAH KESIHATAN Penjagaan Gigi

Pada 6.2.2015,  Pegawai kesihatan dari Sibu memberikan ceramah penjagaan gigi yang berkesan kepada pelajar-pelajar sekolah.  Semua pelajar KP,  Tingkatan 1 hingga 6 terlibat dengan program ini yang diuruskan sendiri oleh Unit HEM.  Para guru diberi peluang membuat pemeriksaan gigi selepas program ceramah selesai.
Menunjukkan cara-cara berus gigi yang betul
Pelajar sedang mendengar ceramah penjagaan gigi
Bahan pameran kaedah penjagaan gigi yang berkesan

Wednesday, 4 February 2015

MOTIVASI TINGKATAN 6 ATAS

Pada 3.2.2015,  Unit Bimbingan dan Tingkatan 6 mengadakan motivasi kepada para pelajar Tingkatan 6. Tujuan utama motivasi ini adalah untuk memberi semangat dan dorongan kepada mereka di awal tahun ini. Selain itu,  untuk mendorong pelajar untuk terus berusaha memajukan diri demi masa depan mereka. Motivasi ini dilaksanakan dari pukul 1000-0130 petang.  Pelajar yang terlibat seramai 3 orang.

 Motivasi disampaikan oleh PK 1 Cikgu Peter Limbau
 Motivasi disampaikan oleh Cikgu Louis Pasu
Motivasi disampaikan oleh Cikgu Suria (Bekas Pelajar)

Monday, 2 February 2015

Ceramah dan Nasihat Kepada semua pelajar perempuan


Pada 2.2.2015,  Pihak sekolah menjemput semua pelajar perempuan berada di ruang legar untuk mendengar nasihat dan amanat dari PK HEM, Guru Disiplin dan Guru Kaunseling.  Taklimat ini memberi penekanan kepada menjaga keselamatan diri semasa pergi dan balik kampung.  Pelajar tidak dibenarkan balik ke rumah kawan untuk keselamatan masing-masing.  Pelajar perempuan sekolah ini ialah lebih kurang 700 orang.